ÇOK SIK SORDUNUZ BİZ DE SİZİN İÇİN CEVAPLADIK

....Biz aklımıza gelen soruları cevaplamaya çalıştık, atladığımızı düşündüğünüz bir soru var ise yukarıdaki butondan bizimle iletişime geçip cevabını talep edebilirsiniz. keyifle dönüş yapacağımızdan emin olabilirsiniz.....

Öğrenmek istediğiniz tüm bilgileri sizin için bir araya toparladık.

Apa itu Forsage?


Forsage adalah sebuah platform matrik agihan dana antarabangsa yang dibangunkan dengan menggunakan sistem kontrak pintar yang terdapat di dalam rantaian blok Ethereum (ETH) dan rantaian blok Tronix (TRX) untuk mengumpul dana/pendapatan matawang kripto. Ringkasnya kita boleh menamakan Forsage di dalam rantaian blok Ethereum sebagai Forsage (ETH) manakala Forsage di dalam rantaian blok Tronix sebagai Forsage (TRX).




Siapakah pengurus Forsage?


Forsage merupakan sebuah platform matrik pelaksana kendiri yang tidak memerlukan mana-mana entiti bertindak sebagai pengurus.




Siapakah pencipta Forsage?


Forsage telah dicipta oleh sekumpulan ahli komuniti yang mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam tentang matawang kripto. Sungguh pun begitu, kedua-dua platform Forsage (ETH) dan Forsage (TRX) tidak memberi apa-apa hak eksklusif kepada kumpulan pencipta berbanding dengan ahli-ahli komuniti lain yang turut berada di dalam platform yang sama. Hari ini Forsage terdiri dari komuniti rakan-ke-rakan (peer-to-peer) yang menjadi pemilik bersama di dalam eko-sistem Forsage itu sendiri.




Apa itu Ethereum?


Ethereum (ETH) adalah sejenis matawang kripto terkemuka yang telah wujud sejak tahun 2015. Ia juga merupakan sebuah kerangka perisian pasaran kewangan terdesentralisasi (DeFi), kerana rantaian blok (blockchain) matawang Ethereum ini membolehkan anda bukan sahaja menjejaki sejarah transaksi bahkan ia boleh juga menyimpan sebarang bentuk produk perisian di dalam format kontrak pintar.




Bagaimana daftar Forsage?


Untuk daftar masuk, anda wajib menghantar 0.05 ETH atau 200 TRX untuk membeli kontrak pintar Forsage (ETH) atau Forsage (TRX) bagi tujuan mengaktifkan slot X3 dan X4. Pastikan anda mengambil kira tambahan fi transaksi sewaktu mendaftar. Pengaktifan kedua-dua slot X3 dan X4 membawa maksud anda telah berjaya menjadi anggota komuniti Forsage. Anda boleh memulakan proses pendaftaran dengan klik salah satu pautan di bawah. Forsage (ETH) >>> forsage.io Forsage (TRX) >>> trx.forsage.io




Bolehkah akaun Forsage ditutup?


Akaun Forsage anda tidak boleh ditutup dan akan kekal tersimpan di salah satu blok rangkaian Ethereum atau Tronix walaupun anda tidak aktif setelah mendaftar.




Forsage tawar passive income?


Slot X4 telah dibina sedemikian rupa sehingga semua anggota komuniti dapat saling membantu di antara satu sama lain untuk memperolehi pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah mungkin, ia bergantung kepada aktiviti rakan komuniti anda, yang boleh menyumbang dana kepada matriks anda melalui proses agihan limpahan pendapatan. Anda boleh mendapat limpahan pendapatan dari rakan komuniti yang berpangkat lebih tinggi atau rendah bergantung kepada aktiviti mereka di dalam Forsage.




Bagaimana tarik minat prospek?


Anda tidak perlu bersusah-payah menarik prospek ke Forsage. Situasi pasca PKP telah menyebabkan ramai individu menganggur mencari peluang-peluang baru untuk jana pendapatan secara atas talian. Anda boleh menjejaki mereka dengan mudah di rangkaian media sosial atau anda boleh membangunkan sistem automasi digital bagi memudahkan kumpulan sasar penganggur ini mencari anda dengan mudah tanpa sebarang paksaan. Jika anda tidak mahir untuk membangunkan sistem automasi digital yang di maksudkan, anda boleh berjumpa dengan kami untuk mendapatkan tunjuk ajar.




Boleh tunaikan dana dari Forsage?


Forsage tidak pernah menyimpan duit/pendapatan anda, sebaliknya ia dimasukkan ke dalam dompet Ethereum atau Tron anda secara langsung dari rakan komuniti Forsage. Hanya anda mempunyai akses ke dompet peribadi anda dan tiada pihak lain yang dapat melesapkan dana/pendapatan anda.




Apakah risiko dalam Forsage?


Tidak ada risiko di dalam Forsage. Anda hanya perlu menunggu seorang rakan niaga baru untuk mendaftar dan kos pendaftaran tersebut akan di agihkan kepada dompet peribadi anda secara 100% bagi menampung kembali kos pendaftaran masuk anda sebelum ini ke dalam Forsage. Oleh kerana platform ini menggunakan kontrak pintar yang tertulis di dalam rantaian blok Ethereum dan Tronix, tiada risiko dana akan di lesapkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. . Semua transaksi pemindahan dana berlangsung secara terus ke dompet Ethereum dan Tron anda tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga. Ini menjamin bahawa jumlah yang anda perolehi adalah milik mutlak anda dan anda bebas menggunakannya sebaik sahaja anda menerimanya.




Apa itu matriks X3 dan X4?


X3 dan X4 adalah matriks dengan bilangan slot yang terhad. Dalam matriks X3 terdapat 3 slot kosong, manakala dalam matriks X4 terdapat 6 slot kosong. Apabila slot kosong di setiap matriks X3 dan X4 telah di penuhkan, slot kosong baru akan di buka dengan secara automatik. . Setiap matriks X3 dan X4 pula mempunyai 12 tingkatan di Forsage (ETH) dan 15 tingkatan di Forsage (TRX). Setiap tingkatan baru berharga 2 kali ganda dari tingkatan yang sebelumnya. Dan begitu juga setiap tingkatan baru membayar 2 kali ganda pendapatan dari tingkatan yang sebelumnya.




Adakah Forsage skim ponzi piramid?


Forsage adalah sebuah platform agihan atau terdesentralisasi kumpulan dana antarabangsa yang tiada kena mengena dengan skim ponzi piramid. . Di dalam skim piramid sebahagian besar wang di bayar kepada individu atau organisasi atau pemaju yang sering berada di genealogi teratas di dalam satu-satu rangkaian. Dan skim piramid boleh di tutup pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. . Berbeza dengan Forsage, tiada hak eksklusif diberikan kepada mana-mana anggota komuniti. Semua anggota menerima hak sama rata tanpa sebarang prejudis. . Tidak ada yang boleh menghentikan operasi Forsage kerana fungsinya terjamin oleh kontrak pintar yang tidak dapat di hapus atau di godam oleh mana-mana pihak. Walaupun laman web tidak lagi berfungsi, semua data dan keseluruhan struktur akan kekal utuh dan kontrak pintar akan tetap berfungsi selagi mana terdapat akses internet dan bekalan elektrik dari serata pelusuk dunia.




Apakah kelebihan Forsage (TRX)?


  1. Fi transaksi TRX adalah jauh lebih rendah berbanding dengan fi transaksi ETH.
  2. Kelajuan transaksi TRX mengatasi kelajuan transaksi ETH.
  3. Kos pendaftaran Forsage (TRX) adalah jauh lebih murah berbanding Forsage (ETH). Klik pautan di bawah untuk melihat perbandingan kos pendaftaran Forsage (TRX) dan Forsage (ETH).
>>> 200 TRX ke MYR <<< >>> 0.05 ETH ke MYR <<<




Forsage (ETH) vs Forsage (TRX)?


Secara umumnya kedua-dua Forsage (ETH) dan Forsage (TRX) mempunyai fungsi yang sama iaitu mengagih dana/pendapatan matawang kripto, namun setiap satunya masih mempunyai keunikan tersendiri untuk dimanfaatkan bersama oleh setiap ahli komuniti seperti berikut: Forsage (ETH)

  1. Dilancarkan pada 6 Febuari 2020
  2. Beroperasi dalam rantaian blok Ethereum (ETH)
  3. Kelajuan transaksi ETH - 20 transaksi/saat
  4. Saiz pasaran ETH - 40.98 bilion
  5. Purata fi transaksi ETH tertinggi pada 12 Ogos 2020 - USD 6.04
  6. Daftar masuk Forsage (ETH) - 0.05 ETH
  7. Forsage (ETH) mempunyai 12 tingkatan di slot X3 dan X4
  8. Agihan dana setakat 26 September 2020 - USD 285,974,697.00
Forsage (TRX)
  1. Dilancarkan pada 6 September 2020
  2. Beroperasi dalam rantaian blok Tronix (TRX)
  3. Kelajuan transaksi TRX - 2,000 transaksi/saat
  4. Saiz pasaran TRX - 2.06 bilion
  5. Purata fi transaksi pada 12 Ogos 2020 < USD 0.01 (menghampiri sifar)
  6. Daftar masuk Forsage (TRX) - 200 TRX
  7. Forsage (TRX) mempunyai 15 tingkatan di slot X3 dan X4
  8. Agihan dana setakat 14 September 2020 - USD 14,330,627.00




Forsage (TRX) = ForsageTron?


ForsageTron adalah merupakan klon kepada Forsage.io. Ia tidak dibangunkan oleh kumpulan pencipta Forsage (ETH) dan Forsage (TRX) serta bertujuan mengelirukan prospek baru dengan menggunakan nama Forsage. Walaupun ForsageTron menggunakan rantaian blok TRONIX, namun terdapat beberapa perbezaan ketara jika dibandingkan dengan Forsage (TRX). Antaranya kos daftar masuk ForsageTron adalah sebanyak 700 TRX manakala kos daftar masuk Forsage (TRX) hanyalah sebanyak 200 TRX. ForsageTron hanya mempunyai 12 tingkatan slot di X3 dan X4, manakala Forsage (TRX) mempunyai 15 tingkatan slot di X3 dan X4. ForsageTron menggunakan pautan forsagetron.io manakala Forsage (TRX) menggunakan pautan trx.forsage.io sebagai alamat rasmi laman web. Kesimpulannya ForsageTron tiada sebarang kaitan langsung dengan Forsage (TRX) dan prospek harus lebih berhati-hati agar tidak tertipu dengan strategi pemasaran ForsageTron.




Apa itu Tronix?


Tronix (Tron) adalah sejenis matawang kripto yang telah wujud sejak September 2017. Ia adalah merupakan sebuah platform terdesentralisasi (decentralized) yang berasaskan rantaian blok (blockchain) bertujuan untuk membina sistem hiburan digital global percuma dengan teknologi pengagihan storan dan membolehkan perkongsian kandungan digital yang mudah dan mampu milik.




Apa itu 'Gas Fee'?


Gas Fee adalah merupakan network fee atau fi transaksi yang digunakan di dalam rantaian blok Ethereum. Ethereum perlu mengetahui jumlah kuasa dan storan komputer yang perlu disediakan untuk menyimpan dan menyelesaikan transaksi. Sekiranya transaksi melibatkan proses pertukaran token yang mudah, Gas Fee akan menjadi murah. Jika proses pertukaran token melibatkan proses yang lebih kompleks sebagai contohnya pembelian kontrak pintar, Gas Fee akan meningkat.




Apa itu 'Energy Fee'?


Energy Fee adalah merupakan network fee atau fi transaksi yang digunakan di dalam rantaian blok Tronix (TRX). Tronix perlu mengetahui jumlah kuasa dan storan komputer yang perlu disediakan untuk menyimpan dan menyelesaikan transaksi. Sekiranya transaksi pertukaran token mudah, Energy Fee akan menjadi sifar. Manakala untuk proses pertukaran token lebih kompleks seperti pembelian kontrak pintar akan di kenakan sedikit kos dalam bentuk Energy Fee. Lazimnya Energy Fee adalah jauh lebih rendah dari Gas Fee yang terdapat di dalam rantaian blok Ethereum.





Özyeğin Üniversitesi

Uçuş Simülatör Merkezi - İstanbul / Türkiye 

Özyeğin Üniversitesi Çekmeköy Kampüsü Nişantepe Mah. Orman Sok. 34794 Çekmeköy/İstanbul, Türkiye  

Tel: (0532) 261 2675| fly@agronn.com

© 2018 AGRONN simülasyon teknolojileri